Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Dompet yang dikenali sebagai BINGKAS. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Dompet ini: –
Bantuan e-Dompet BINGKAS
BINGKAS atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaam Negeri Selangor kepada golongan B40 berkelayakan.
Tujuan utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga membeli barangan keperluan asas bagi kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Kadar bantuan ini pula adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan ia boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Cara Memohon
Permohonan bantuan e-Dompet ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH.
Langkah-langkahnya pula adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.