Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 yang akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Kewangan RM1,000
Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Bantuan khas ini akan berikan kepada para penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil negeri.
Bantuan khas ini adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan 2.5 bulan gaji kepada kakitangan awam yang sudah pun dimulakan kali pertama sebanyak sebulan gaji minimum RM1,000 pada Hari Raya Aidilfitri, Mei lalu.
Tarikh Pembayaran
Untuk pembayaran bantuan khas minima RM1,000 atau sebulan gaji kali kedua ini, ia akan dilaksanakan pada hujung bulan ini atau 28 Disember 2023.
Bantuan khas itu akan melibatkan anggaran kewangan sebanyak RM40.03 juta.
Manakala, setengah bulan gaji minimum RM1,000 pula akan dibayar pada bulan Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada bulan Mac 2024.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) dan syarat yang paling penting, kena tunggu di dalam Dewan ini sehingga Belanjawan selesai dibentangkan dan disokong,” kata Menteri Besar Selangor, petikan dari Utusan Malaysia.