Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai eMADANI sebanyak RM100. Namun begitu, sebenarnya terdapat sebuah lagi bantuan e-Dompet dan ia dikenali sebagai BINGKAS.
Bantuan e-Dompet BINGKAS
BINGKAS adalah sebuah bantuan berbentuk e-Dompet yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM300 setiap bulan.
Tujuan utama BINGKAS adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Tunai ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Langkah-langkah pendaftaran melalui SELANGKAH adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.