Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan tunai STR 2023
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan bantuan STR yang diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan.
Kategori penerima bantuan ini merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang berkelayakan.
Bagi pembayaran STR Fasa 4 atau fasa akhir tahun 2023, ia jumlahnya adalah sebanyak RM1,200, RM900, RM600, RM500, RM300 dan RM200.
Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 4 telah pun mula disalurkan ke akaun mereka yang layak secara berperingkat pada 07 November lalu.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.