Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Bantuan ini akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan RM2,500
Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, Kerajan Negeri telah bersetuju untuk memperkenalkan untuk memperekenalkan Bantuan Khas Kewangan atau BKK sebanyak sebulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan khas ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri dan ia adalah tanda penghargaan kepada mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
“Selaras tema belanjawan ‘Bersama Membina Negeri MADANI’, saya menyeru semua penjawat awam di negeri ini bersama-sama berganding bahu memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mengukuhkan kegemilangan negeri demi kesejahteraan rakyat,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Tarikh Pembayaran
Bantuan khas ini akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung bulan Februari dan hujung bulan Mac 2024. Tarikh itu dipilih kerana Februari 2024 bagi persediaan persekolahan dan hujung Mac 2024 pula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, mulai tahun depan – sumbangan RM500 juga akan diberikan kepada golongan belia di negeri berkenaan yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama.