Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan yang umumkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan – bantuan khas berkenaan: –
Bantuan Khas Kewangan
Bantuan Khas Negeri Selangor
Melalui Belanjawan 2024 Selangor, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minima RM1,000. Bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri dan akan dikreditkan pada 28 Disember 2023 nanti.
Bantuan Khas Negeri Kedah
Kerajaan Negeri Kedah melalui Belanjawan 2024-nya telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000. Ia diberikan kepada para penjawat awam negeri berkenaan dan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat pada bulan Disember 2023 dan bakinya pada bulan Mac 2024.
Bantuan Khas Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 untuk semua penjawat awam negeri berkenaan. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Disember 2023.
Bantuan Khas Negeri Kelantan
Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 pula diumumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Bantuan itu akan disalurkan kepada semua penjawat awam negeri pada bulan Februari tahun hadapan (2024).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Khas Negeri Sabah
Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.
Bantuan ini akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.