Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –
Bantuan RM1,200
Di bawah Belanjawatan 2023, pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Untuk pengetahuan, SARA adalah bantuan yang diberikan kepada para penerima STR yang berkelayakan.
Bagi tahun hadapan, kadar SARA akan dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun ini.
Melalui SARA, penerima berkelayakan akan menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun (12 bulan) secara automatik melalui MyKad masing-masing.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Pembayaran
Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada bulan Januari 2024.
Penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.