Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan Tunai STR
STR pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40 dengan tujuan untuk meringankan beban mereka dalam mengharui kehidupan seharian.
Bantuan ini juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bagi tahun 2023, pembayaran STR melibatkan empat fasa dan telah pun dikreditkan kepada penerima yang berkelayakan. Ini adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Pembayaran STR Fasa 4 telah pun mula dibuat secara berperingkat pada 07 November 2023 lalu.
Dalam masa sama, bagi yang hendak membuat semakan kelulusan STR 2023 – ia boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan langkah-langkah berikut:
- Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
- Klik pada menu ‘Semak’;
- Sahkan kata kunci keselamatan;
- Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
- Masukkan kata laluan;
- Klik ‘Log Masuk’;
- Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.