Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bayaran Tunai STR Fasa 4
STR adalah bantuan tunai yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 berkelayakan.
Kategori penerima bantuan ini merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang berkelayakan.
Bagi tahun 2023, pembayaran STR melibatkan empat fasa dan telah pun dikreditkan kepada penerima yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Cara Semak Kelulusan
Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 4 telah pun mula dibuat secara berperingkat pada 07 November lalu.
Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan STR 2023, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi Bantuan Tunai 2023 dengan langkah-langkah berikut:
- Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
- Klik pada menu ‘Semak’;
- Sahkan kata kunci keselamatan;
- Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
- Masukkan kata laluan;
- Klik ‘Log Masuk’;
- Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.