Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui sebuah program yang melibatkan inisiatif sebanyak RM1,000. Berikut adalah maklumat lanjut tentang inisiatif yang diperkenalkan:-
Bantuan tunai RM1,000
Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah mengumumkan sebuah program yang dikenali sebagai MamaKerja.
Melalui program ini, bantuan tunai sebanyak RM1,000 yang akan diberikan kepada 5,000 wanita bekerja dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.
Matlamat utama program ini adalah bagi meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Wanita bekerja dan mempunyai majikan;
- Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS;
- Berdaftar dengan LHDN atau mempunyai caruman KWSP;
- Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah;
- Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.
Cara Memohon
Untuk makluman, permohonan program ini akan dibuka pada 1 November 2023 pada jam 10 pagi.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal rasmi MamaKerja atau melalui aplikasi Selangkah.
Pemohonan kemudiannya perlu mengisi maklumat secara lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen seperti yang diminta.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.