Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Bantuan Tunai RM2,000
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 dan RM1,000.
Pada asasnya, bantuan RM2,000 itu akan diberikan kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, RM1,000 pula akan dikreditkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Bantuan ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkenaan sedang giat dilaksanakan bagi meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
Pembayaran Bantuan
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke akaun penerima yang layak.
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, pembayaran bantuan ini akan dibuat bulan Februari 2024 tahun hadapan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.