Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)
PENGATURCARA (PROGRAMMER)
- Kumpulan : Pengurusan
- Jabatan : Bahagian Teknologi Maklumat
- Taraf Jawatan : Kontrak (Sepenuh Masa)
- Gaji : RM2,058 – RM5,459
- Elaun : RM570
- Cuti Tahunan : 21 hari
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Career@UMCCed.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 20 NOVEMBER 2023.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.