Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR() adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai dikreditkan kepada penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.
Bagi pembayaran STR Fasa 4 pula, berikut adalah jumlah bayaran mengikut kategori penerima:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran STR Fasa 4
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat kepada yang layak bermula pada 07 November 2023. Pembayarannya itu akan disalurkan secara berperingkat.
Seperti mana pembayaran STR sebelum ini, antara bank terawal yang akan dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan diikuti bank-bank seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Maybank serta lain-lain.
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai STR Fasa 4 boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.