Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan STR 2023
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.
Bantuan ini juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Bagi pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3, ia telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan berdasarkan jumlah gaji dan tanggungan.
STR Fasa 4
Bagi pembayaran STR Fasa 4, jumlah tertinggi yang akan dikreditkan adalah sebanyak RM1,200 kepada Isi Rumah berpendapatan RM2,500 & ke bawah yang mempunyai bilangan anak 5 ke atas.
Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan pembayaran STR Fasa 4.
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara semak kelulusan
Pembayaran STR Fasa 4 akan mula dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada 07 November 2023. Akan tetapi, pembayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelulusan STR, ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara di bawah:
- Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
- Klik pada menu ‘Semak’;
- Sahkan kata kunci keselamatan;
- Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
- Masukkan kata laluan;
- Klik ‘Log Masuk’;
- Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.