Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
STR Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.
Bantuan i i juga adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan berdasarkan jumlah gaji dan tanggungan.
Pembayaran STR Fasa 4
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Rasmi Pembayaran
Berdasarkan pengumuman Kerajaan, pembayaran STR Fasa 4 akan mula pada 07 November 2023 secara berperingkat.
Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan.
Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.