Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah bantuan e-Dompet sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan e-Dompet RM100
Ketika di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai RM100 kepada rakyat Malaysia berkelayakan.
Kredit e-Tunai ini disalurkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Bantuan ini akan membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, pembayaran bantuan e-Tunai ini akan dilaksanakan pada akhir tahun ini atau bulan Disember 2023.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, inisiatif berkenaan adalah satu usaha yang sangat baik untuk melatih rakyat berhadapan dengan masyarakat tanpa tunai yang menggunakan segala aplikasi dalam perbelanjaan.
Dalam perkembangan lain, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula dikreditkan pada 7 November 2023 secara berperingkat.
Penerimanya terdiri daripada kategori B40 dan M40 berkelayakan berdasarkan jumlah pendapatan serta tanggungan masing-masing.