Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan STR
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40 berkelayakan.
Bantuan ini adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada mereka yang layak. STR Fasa 3 sebagai contoh telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Kadar bayaran STR Fasa 4
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Bagi pembayaran STR Fasa 4, ia akan mula disalurkan pada 07 November 2023. Pembayaran bantuan ini akan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima yang didaftarkan.
Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.