Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Kredit e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada rakyat Malaysia berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan e-Tunai RM100
Semasa berucap di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia.
Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Pemberian e-Tunai ini akan melibatkan lebih 10 juta penerima dengan peruntukan sekitar RM1 bilion.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Menurut Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong, pembayaran e-Tunai ini akan dibuat pada bulan Disember 2023.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.
Dalam perkembangan lain, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan akan meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar maksimum sebanyak RM3,700.
Selain itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 juga diumumkan dalam Belanjawan 2024 dan akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR.