Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seperti mana yang dilaksanakan pada tahun ini.
Bantuan Tunai BAP RM150
Melalui Belanjawan 2024, pihak Kerajaan akan melaksanakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar atau ‘one-off’.
Bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BAP akan mula disalurkan pada bulan Januari 2024.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.
Dalam masa sama, peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga dinaikkan kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.
Hal yang sama turut belaku untuk elaun murid berkeperluan khas dengan peruntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.