Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023.
Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Di bawah belanjawan ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah sebuah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 yang berkelayakan. Mereka yang layak menerima bantuan tunai ini termasuklah dari golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagi STR 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju menaikkannya kepada daripada RM3,100 kepada RM3,700 untuk isi rumah dan daripada RM350 kepada RM500 untuk golongan belia.
“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Perkara ini menyaksikan peningkatan peruntukan bagi STR kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion pada tahun 2023.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan ucapan Perdana Menteri, STR bagi tahun 2024 akan diberikan kepada sekitar 9 juta rakyat. Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dilaksanakan pada bulan Februari tahun hadapan.
Selain itu, pihak Kerajaan juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu embuka permohonan baharu STR 2024 seawal November 2023 dan ia akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya.