Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan tunai ini:-
Bantuan Tunai Musim Tengkujuh
BMT adalah sebuah bantuan kerajaan di bawah RISDA. Bantuan ini sekali lagi diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Belanjawan 2023 dengan dinaikkan kepada RM800 dari RM600 sebelumnya.
Objektif utama BMT adalah untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara berperingkat selama empat bulan dengan kadar RM200 setiap bulan. Untuk pembayaran fasa pertama, ia akan dibuat pada bulan November 2023.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semak Kelulusan
Pembayarannya BMT akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Permohonan BMT telah ditutup pada 15 September 2023 lalu.
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan BMT 2023 boleh dibuat di Portal Rasmi BMT RISDA – DI SINI.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.