Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong LADA
- PEGAWAI TADBIR (N41)
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L41)
- Jadual Gaji: RM2,418 – RM9,607
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (N19)
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LADA dan dilampirkan bersama salinan Kad engenalan; Sijil Kelahiran; Sijil Berhenti Sekolah; Sijil Pelajaran Malaysia; Sijil Ijazah dan transkrip; dan lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum).
Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul dan dihantar ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 16 OKTOBER 2023.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.