Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan memperkenalkan sebuah inisiatif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH): –
Bantuan Sara Hidup (BSH)
BSH adalah sebuah bantuan kewagan sebanyak RM300 yang disalurkan setiap bulan kepada mereka berkelayakan.
Bantuan kewangan ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan diberikan kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian veteran ATM yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Veteran ATM
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
- Balu yang berkahwin semula tidak layak;
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
- Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap.
Borang berkenaan boleh diisi oleh pemohon sendiri atau warisnya. Sila pastikan semua keterangan dan butiran yang diberikan adalah tepat, betul dan benar.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
Untuk maklumat lebih teliti dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.