Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan STR
STR adalah sebuah bantuan kewangan kepada isi rumah, warga emas dan bujang dari kategori B40 dan M40 yang berkelayakan.
Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak dengan kadar-kadar yang ditetapkan. STR Fasa 3 telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.
Kadar Bayaran STR Fasa 4
Bagi pembayaran STR Fasa 4, berikut adalah maklumat kadar dan para penerimanya:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Seperti mana pembayaran STR sebelum ini, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan.
Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagi pembayaran STR Fasa 4, berdasarkan jadual asalnya adalah pada bulan November 2023.
Namun begitu, tarikh rasmi pembayarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.