Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan tunai yang telah diperkenalkan:
Bantuan Tunai RM300
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada rakyat negeri berkenaan yang layak.
Bantuan RM300 akan disalurkan kepada para penjawat awam negeri Gred 54 dan ke bawah. Manakala, para pesara kerajaan negeri pula akan menerima RM200 seorang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian bantuan khas itu adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada penjawat awam yang sentiasa berdedikasi menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.
“Saya berharap dengan pemberian bantuan khas ini, penjawat awam di Pahang akan dapat meningkatkan perkhidmatan mereka demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan pada bulan September 2023 atau lebih tepat pada 25 September 2023 bersesuaian dengan tarikh kemasukan gaji para penjawat awam.
Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.
“Pemberian bantuan khas ini membabitkan implikasi kewangan RM2.4 juta dan pembayaran akan dibuat September ini,” katan Menteri Besar Pahang.