Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan khas yang dibayar pada bulan September 2023 ini:
Bantuan Khas RM300
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada rakyat negeri berkenaan yang layak.
Bantuan itu akan diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri berkenaan yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
Mereka termasuklah pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
Bantuan itu turut dipanjangkan kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan Sembilan 2023 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Safar Untong bertarikh 5 September lalu, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat pada 25 September 2023.
“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jemaah Menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP (Bantuan Khas Penghargaan) Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.
“BKP ini adalah bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” meurut pekeliling tersebut.
Sumber: Sabah Media.