Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan daripada KWSP ini: –
Bantuan RM500 KWSP
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkam bantuan tambahan caruman KWSP sebanyak RM500 secara ‘one-off’.
Bantuan ini pada asasnya akan dikreditkan ke Akaun 1 KWSP pencarum yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pelaksanaan bantuan kewangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan akan memanfaatkan sekitar 2 juta ahli berkelayakan.
“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.
“Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahum ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lalu.
Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Insentif Persaraan (i-Saraan) yang membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan golongan yang tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman secara sukarela.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan KWSP, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.