Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan e-Tunai RM100
Ketika berucap di Majlis Peluncuran ‘Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat’, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bantuan e-Tunai RM100 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Mereka itu adalah dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pembayaran bantuan ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini atau lebih tepat Oktober 2023.
“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40,” petikan kenyataan itu.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan telah pun mengkreditkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 pada 10 Ogos lalu.
RM300 diberikan kepada Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM200 pula kepada Pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dengan pemberian bantuan ini, ia akan dimanfaatkan oleh sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.