Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong JAKOA
- PEGAWAI PENTADBIRAN
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kadar Upah: RM2,100
- PENGATURCARA SISTEM
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kadar Upah: RM1,900
- PENOLONG JURUTERA TEKNIKAL
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kadar Upah: RM1,900
- PEMBANTU PENTADBIRAN PEJABAT
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kadar Upah: RM1,700
- PEMBANTU TEKNIKAL JURUTERA
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Kadar Upah: RM1,700
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 secara lengkap dan dilampirkan bersama gambar terkini berukuran passport.
Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: [email protected] atau secara pos ke alamat:
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.