Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara sebahagian: –
Pengeluaran KWSP
Pembiayaan Pendidikan
Pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Membeli Rumah
Bagi ahli yang ingin memiliki rumah sendiri, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai.
Membina Rumah
Bagi yang ingin membina rumah pula, KWSP membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
Mengurang/menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Ahli boleh menggunakan simpanan dari Akaun 2 KWSP bagi mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
Tujuan Kesihatan
KWSP turut membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
E-Pengeluaran KWSP
Bagi memudahkan urusan pengluaran-pengeluaran ini, pihak KWSP telah memperkenalkan sistem e-Pengeluaran melalui laman sesawang rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun.
Syarat-syarat kelayakan menggunakan sistem ini adalah:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap;
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa;
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum;
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.
Bagi panduan penggunaan e-Pengeluaran, sila rujuk DI SINI (PDF).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.