Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah program bantuan lesen memandu percuma di bawah Belanjawan 2023.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-
Bantuan Lesen Memandu Percuma
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Program MyLesen B2. Program ini pada asasnya bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal).
Melalui program ini, pihak Kerajaan menanggung sepenuhnya kos ujian dan latihan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (motosikal).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Penerima bantuan (eKasih/Zakat/Baitulmal/JKM/JAKOA/LHDN);
- Tanggungan kepada penerima bantuan juga layak memohon;
- Sihat tubuh badan dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu;
- Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk makluman, program bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan kerana peserta yang layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan akan dihubungi melalui surat dan e-mel.
Program ini telah pun mula dilaksanakan bermula pada 30 Mei 2023 lalu.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.