Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bersyarat. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti ini: –
Pengeluaran KWSP Bersyarat
Pada tahun 2023, pihak KWSP ada memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Program ini pada asasnya membenarkan para ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Dengan program ini, ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tertentu.
Bayaran pengeluaran itu kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
- Warganegara Malaysia;
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat dan ingin memohon, permohonan progran ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan tatacara di bawah:
- Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
- Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
- Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Pada ketika ini, institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan ini adalah MBSB Bank Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.