Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Bantuan RM600
Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dilaksanakan pada bulan Januari, April dan Jun lalu dengan kadar tertentu.
Namun begitu, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima STR sedia ada yang bekelayakan.
Kadar bantuan tambahan itu adalah sebanyak RM600 yang dibayar secara berfasa kepada penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih dan mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
Tarikh Pembayaran
Untuk makluman, pemberian bantuan tambahan ini tidak melibatkan sebarang permohonan baru kerana ia berdasarkan maklumat pendaftaran ketika permohonan STR.
Pembayarannya akan dibuat 6 kali dengan nilai sebanyak RM100 bagi setiap fasa. Tarikh mula pengagihan adalah pada bulan Julai hingga Disember 2023.
Bantuan tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.