Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai cadangan lain bagi tujuan menjaga kebajikan para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika keadaan penuh mencabar sekarang ini.
Berikut adalah penjelasannya lanjut berkenaannya: –
Pengeluaran Secara Bulanan
Beberapa hari lalu, media melaporkan bahawa pihak KWSP sedang mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran simpanan para ahlinya secara bulanan.
Pengeluaran secara bulanan itu akan dibuat apabila pencarum mencapai usia persaraan 55 tahun secara mandatori kepada para pencarum baharu pada masa depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pengeluaran secara bulanan itu dilihat mampu memberi peluang kepada para pencarum menguruskan wang persaraan mereka dengan lebih baik.
Akan tetapi, pelaksanaan perkara ini akan dikaji dengan lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan pihak Kerajaan akan dibuat.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya Sebahagian Simpanan
Dalam perkembangan lain, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP memaklumkan hanya sebahagian daripada simpanan pencarum yang akan ditukar kepada pendapatan bulanan, manakala baki selebihnya boleh dikeluarkan secara penuh.
“KWSP mengambil pendekatan pragmatik dan praktikal terhadap cadangan penambahbaikan polisi, seterusnya mengimbangi keperluan ahli semasa dengan keperluan untuk mengekalkan kecukupan simpanan selepas bersara.
“KWSP akan memaklumkan sebarang perubahan berkaitan polisinya kepada ahli yang terlibat sebelum perubahan ini berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Utusan Malaysia.
Untuk makluman, pada tahun lalu seramai lebih 7,000 pencarum telah memilih secara sukarela kaedah pengeluaran bulanan.