Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Akan tetapi, masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan sebuah lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung.
i-Lindung KWSP
Untuk maklumat, i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA ini, ahli dibenarkan untuk membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Dengan itu, ia dapat membantu para ahli ketika berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa depan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pengguna i-Akaun (Ahli);
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, mereka boleh menggunakan i-Lindung bagi membeli polisi perlidungan hayat dan penyakit kritikal.
Tatacaranya pula adalah seperti berikut:
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
- Klik pada tab i-Lindung;
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
- Lengkapkan maklumat di portal SIT;
- Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
- Penerimaan penyata maklumat dari SIT.
Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.