Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah bantuan kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): –
Bantuan RM500
Antara bantuan yang dikendalikan oleh JKM adalah Bantuan Warga Emas (BWE) sebanyak RM500 setiap bulan.
Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah bagi membantu warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat di seluruh negara.
Pemohon turut perlu membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Maklumat lebih teliti berkenaan BWE dan borang permohonan boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.