Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Bantuan RM200
Bantuan RM200 secara ‘one-off’ ini sebenarnya adalah sebuah bantuan di bawah Inisiatif E-Tunai Belia Rahmah yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2023.
Bantuan ini dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM400 dan diharap akan dapat dimanfaatkan secara baik oleh para penerima yang layak.
Senarai Penerima
Berkenaan dengan penerima insiatif ini, berdasarkan laporan Utusan Malaysia – Kementerian Kewangan bersetuju untuk memperluaskan insiatif ini kepada kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun.
Keputusan itu bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pihak Kementerian Kewangan juga dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program berkenaan.
Tarikh Pembayaran
Memetik laporan Utusan Malaysia lagi, Kementerian Kewangan menyatakan pemberian insiatif e-dompet ini akan bermula pada bulan depan iaitu Jun 2023.
Ia diharapkan akan dapat membantu meringankan beban para penerima dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
Sumber: Utusan Malaysia.