Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai dari Kerajaan Negeri sebanyak RM300 bagi setiap penerima yang layak.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai berkenaan:-
Bantuan RM300
Untuk makluman, bantuan sebanyak RM300 ini adalah sebuah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Bantuan tunai ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:
- Rakyat Terengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
- Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Semak Kelulusan
Permohonan i-Fitri Perantau dibuka pada 6 April lalu dan telah pun ditutup pada 20 April 2023.
Berdasarkan kenyataan daripada Kerajaan Negeri Terengganu, pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dianggarkan sekitar 20,000 orang akan menerima bantuan tunai ini ke akaun masing-masing.
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi i-Bantuan (DI SINI).
Sumber: Harian Metro.