Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEGAWAI EKSEKUTIF 2 (SETARA PEGAWAI VETERINAR GRED GV48)
- PEGAWAI EKSEKUTIF 3 (SETARA PEGAWAI VETERINAR GRED GV41)
- PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G29)
- PEMBANTU VETERINAR (G19)
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN (U29)
- JURU X-RAY (U29)
- PEGAWAI EKSEKUTIF 5 (SETARA PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & OPERASI GRED N19)
- PEMBANTU AWAM (H11)
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang disediakan di hebahan rasmi.
Borang yang lengkap diisi perlu dilampirkan bersama salinan kad pengenalan (berpalang), salinan surat beranak dan dokumen-dokumen sokongan lain (sijil akademik yang berkaitan) ke alamat:
Pejabat Pentadbiran
Timbalan Dekan Hospital Veterinar
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Ahmad Azlan Ahmad Saad)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 02 JUN 2023, JUMAAT.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.