Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai sebanyak RM300 bagi tahun 2023.
Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Tunai RM300
Bantuan sebanyak RM300 ini adalah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.
Bantuan tunai ini diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut dan diluluskan permohonan mereka:
- Rakyat Terengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
- Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran Bantuan
Permohonan i-Fitri Perantau telah dibuka mulai 6 April lalu dan ditutup pada 20 April 2023.
Berdasarkan kenyataan daripada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, pembayaran bantuan ini akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dijangkakan, sekitar 20,000 orang akan menerima bantuan tunai ini ke akaun masing-masing.
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi i-Bantuan (DI SINI).
Sumber: Harian Metro.