Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong UKM
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Jadual Gaji : RM1,352 – RM4,003
- Kadar Kenaikan Tahunan : RM100
- Elaun:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115
- Imbuhan Tetap Perumahan : RM300
- Bantuan Sara Hidup : RM300
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan menghantar salinan lembut (softcopy) dokumen ke alamat e-mel [email protected] dengan tajuk – Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19.
Berikut adalah senarai dokumen-dokumen berkenaan:
- Curriculum vitae (CV) lengkap;
- Salinan Sijil SPM;
- Sijil kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 11 MEI 2023, KHAMIS.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh didapati DI SINI.