Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada penerima yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Ketika pembentangan Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan tunai yang antaranya termasuklah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada para penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara Kerajaan.
Namun, pemberian bantuan tidak berhenti setakat itu – apabila Kerajaan juga akan berikan bantuan sama tapi dengan dengan nilai sebanyak RM300 kepada lebih 200,000 orang anggota Rela, sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, polis dan bomba.
“Selepas diteliti, ada kategori yang tidak dapat manfaat yang sama membabitkan mereka dalam kalangan bukan pekerja tetap iaitu sukarelawan sama ada RELA, APM, sukarelawan polis dan sukarelawan bomba.
“Mereka ini juga menghadapi masalah maka saya bersetuju untuk berikan saguhati sebanyak RM300 bagi setiap sukarelawan. Bagaimanapun, saguhati ini tidak termasuk Polis Bantuan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan perdana menteri di Dewan Negara, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada pertengan bulan April 2023.
Dalam perkembangan lain, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 juga dibuat secara berperingkat mulai 5 April 2023.
Bagi pembayaran STR Fasa 2 ini, kadar yang terlibat adalah sebanyak RM200 kepada setiap penerima daripada kategori isi rumah, bujang dan warga emas.