Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga dengan Bantuan Ramadan dari MAIWP tahun 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan Ramadan Tahun 2023
Dalama usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Ramadan 1444H/2023.
Bantuan ini akan melibatkan kadar kewangan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada para penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ia akan mula dilaksanakan pada 27 Mac 2023 (Isnin) secara berperingkat kepada setiap penerima.
Selain itu, pihak Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada para penjawat awam dan RM350 kepada para pesara Kerajaan.
Bantuan itu dijadualkan akan dibayar pada bulan April depan atau pertengahan Ramadan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan Bantuan Ramadan ini, sila rujuk – DI SINI.