Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif dan kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya termasuklah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran simpanan secara atas talian (online) sahaja.
Berikut adalah penjelasan lanjut dan senarai pengeluaran yang boleh dibuat melalui kemudahan ini:-
Membiayai Pendidikan
Pihak KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Membeli Rumah
Bagi membantu para ahli membeli rumah, KWSP membenarkan pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Ia hendaklah dalam kategori rumah kediaman merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
Ansuran Pinjaman Perumahan
KWSP turut memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Membina Rumah
Untuk ahli yang ingin membina rumah, KWSP turut membenarkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah
ahli mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
Menunaikan Haji
Bagi ahli yang beragama Islam, pihak KWSP membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji sebagai perbelanjaan.
E-Pengeluaran KWSP
e-Pengeluaran KWSP adalah sistem dalam talian melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun. Syara-syarat kelayakan menggunakan sistem ini adalah:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap;
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa;
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum;
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.
Untuk panduan penggunaan e-Pengeluaran, sila rujuk DI SINI (PDF).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.