Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah apabila Kerajaan Persekutuan setuju memberikan Bantuan Wang Ihsan beradasarkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –
Bantuan Wang Ihsan
Bantuan Wang Ihsan pada asasnya merupakan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, setakat ini (17 Mac 2023) pihak Kerajaan telah menyalurkan bantuan berkenaan kepada 16,167 ketua isi rumah.
“Setakat ini 16,167 ketua isi rumah sudah menerima RM1,000 bagi setiap kiraan bagi bantuan wang ihsan (BWI) (kepada mangsa banjir),” katanya, dipetik dari Berita Harian.
Tambahnya, bantuan itu sedikit sebanyak membantu mangsa banjir dalam berdepan kesulitan ekoran bah yang melanda itu.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dalam perkembangan lain, pihak Kerajaan Negeri Pahang turut akan menyalurkan bantuan wang ihsan kepada ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di negeri berkenaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Negeri akan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) pemberian bantuan wang ihsan sebelum ini, seperti diberikan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Sumber: Berita Harian & Astro Awani.