Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong PADAT
- PEGAWAI TADBIR GRED N41
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PEMBANTU MUZIUM GRED S19
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEREKA GRED B19
- Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,032
- ARTIS BUDAYA GRED B19
- Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,032
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan melengkapkan Borang PADAT (1) dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan berkaitan.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
Ketua Pegawai Eksekutif,
PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI
SELANGOR,
D/A Muzium Sultan Alam Shah, Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam, Selangor.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 22 MAC 2023 (RABU).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dilihat DI SINI.