Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Salah satunya adalah Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan ini adalah penjelasannya: –
Bantuan Tambahan STR
Bantuan Tambahan STR ini pada asasnya diberikan kepada penerima STR sedia ada yang menepati syarat kelayakan khusus ditetapkan,
Nilai bantuan ini adalah sebanyak RM600 dan diberikan sebanyak 6 fasa pada tahun 2023. Pembayarannya akan dibuat pada bulan Julai; Ogos; September; Oktober; November dan Disember 2023.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Penerima Bantuan Tambahan STR
Mereka yang layak menerima bantuan tambahan ini adalah Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169.
Bantuan tambahan itu nanti akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan kepada setiap Ketua Isi Rumah miskin tegar.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.