Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antaranya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023: –
STR Isi Rumah
Pada bulan Januari lalu, pihak Kerajaan telah pun membuat pembayaran bagi STR Fasa 1 dengan jumlah sebanyak RM300 untuk isi rumah dan RM100 kepada bujang.
Dengan pembentangan Belanjawan 2023, nampaknya maklumat berkenaan pembayaran penuh bagi setiap kategori penerima telah diumumkan melalui portal dan media rasmi Kerajaan.
Kadar STR yang telah ditetapkan bagi penerima isi rumah adalah seperti berikut:
Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)
- RM1,000 (bilangan anak 0)
- RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
- RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
- RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)
Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)
- RM500 (bilangan anak 0)
- RM750 (bilangan anak 1 – 2)
- RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
- RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Untuk pembayaran STR bagi fasa-fasa seterusnya, ia akan dibuat seperti dijadualkan:
- STR Fasa 1: Januari 2023
- STR Fasa 2: April 2023
- STR Fasa 3: Julai 2023
- STR Fasa 4: November 2023
Cara pembayaran pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu sama ada melalui kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara penebusan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank tidak aftif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.