Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.
Antaranya adalah bantuan khas sebanyak RM600 kepada yang layak: –
Bantuan Tambahan RM600
Sebelum ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang Fasa 1 telah pun dibayar pada bulan Januari lepas. Jumlahnya adalah RM300 kepada isi rumah dan RM100 untuk bujang.
Melalui Belanjawan 2023, jumlah penuh STR telah pun diumumkan iaitu maksimum sebanyak RM2,500 kepada isi rumah kategori B40 dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula, jumlah maksimum STR sebanyak RM1,250 mengikut bilangan anak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Bantuan Tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Bantuan itu nanti akan dibuat dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Oleh hal demikian, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Pemberian STR bagi tahun 2023 ini akan melibatkan sekitar hampir 9 juta penerima dengan peruntukan sehingga RM8 bilion.