Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Kampus Arau kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong UiTM
- PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)
- Bidang: Pengurusan; Keusahawanan; Sains Sukan; Pengurusan Sukan; Multimedia; Teknologi Maklumat dan banyak lagi
- Jadual Gaji: RM2,300 – RM2,800
- PENSYARAH SAMBILAN (PT)
- Bidang: Bahasa Jepun
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan dan melampirkannya bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Kad Pengenalan;
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf;
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip Akademik Terperinci)
Ia kemudiannya boleh dihantar ke alamat:
Timbalan Pendaftar
Bahagian Pentadbiran
UiTM Cawangan Perlis
02600 Arau Perlis
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat dengan mengemukakan borang permohonan dan dokumen yang telah disahkan ke PAUTAN INI.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 28 MAC 2023 (SELASA).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan dan Borang Permohonan boleh dilihat DI SINI.